SMKB

Ikrar & Piagam

PIAGAM PELANGGAN

 

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar puchong Jaya(B) beriltizam merancang dan melaksanakan program pendidikan untuk membatntu memperkembangkan lagi potensi diri murid-murid dalam memperoleh ilmu pengetahuan dan mempertingkatkan nilai moral dan akhlak.

 

Kami juga beriltizam untuk memperkembangkan potensi diri murid-murid dalam bidang kokurikulum dengan memberi peluang kepada murid-murid melibatkan diri dalam persatuan, sukan, dan badan beruniform.

 

Kami juga akan berusaha membangunkan sahsiah murid melalui penerapan nilai-nilai bertanggungjawab dan pengiktirafan terhadap sumbangan murid di samping menangani perlakuan negatif perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada murid-murid.

 

Kami juga akan menyediakan persekitaran dan kemudahan yang kondusif untuk pembelajaran, dengan mengutamakan aspek disiplin, keselamatan dan kebajikan murid.