SMKB

Profil Sekolah

SEJARAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR PUCHONG JAYA (B)

Bangunan sekolah ini diserahkan dengan rasminya oleh pemaju pada 24 April 2003 dan mula beroperasi pada 9 jun 2003 dengan jumlah murid seramai 25 orang iaitu 11 orang murid tingkatan satu  dan 14 orang murid tingkatan dua. Jumlah guru pula ialah sembilan orang termasuk pengetua, Penolong kanan, dan Penolong kanan HEM.

Pada tahun 2004, jumlah murid telah meningkat kepada 134 orang yang merangkumi  18 orang murid kelas Peralihan, 74 orang murid Tingkatan Satu, 29 orang murid Tingkatan Dua dan 14 orang murid Tingkatan Tiga. Jumlah guru pula telah meningkat kepada 19 orang, manakala kakitangan sokongan pula berjumlah lima orang iait satu Pembantu Tadbir 1, Pembantu Makmal dan 3 orang Pembantu Rendah Am. Dari segi perjawatan, semua jawatan pentadbiran telah dipenuhi.

Pembinaan sekolah ini berasaskan konsep “design and built” iaitu pemaju akan berunding terus dengan Kememterian Kewangan tentang reka bentuk dan kos pembinaannya. Memandangkan sekolah ini baru saja dibuka, bangunan-bangunan  sekolah masih lagi berada bawah tanggungan pemaju.

Maklumat Sekolah

Pengetua :
Pn Shakinah Arshad

Kod Sekolah :
BEA 8657

Alamat Sekolah :
SMK Bandar Puchong Jaya (B)
Jalan Tempua 3, Bandar Puchong Jaya,
47100 Puchong, Selangor.

Telefon:
03-80620463

Fax:
03-80620487

Bil Murid :

Bil Guru : 79 orang (pagi 51 orang, petang 28 orang)

Bukan guru : 10 orang